Monday, February 21, 2011

Jika Boleh

..Suatu ketika dulu, aku pernah tersilap memilih jalan hidup. Keluarga bukannya tidak pernah memberi dorongan, tapi kerana pentingkan diri dan kedegilan aku ini membuat mereka cuak dengan sikap aku..

..Indahnya hidup ini jika tidak pernah merasa derita. Berkali-kali aku ingatkan diri ini agar mengutamakan keluarga dahulu sebelum membuat keputusan. Bila hati bertindak dahulu sebelum fikiran, macam inilah jadinya..

..Jika masa boleh diundur kembali, akan ku tebus semua kesalahan aku yang pernah aku lakukan. Kini, aku hanya menangisi kesalahan-kesalahan semalam yang aku lakukan. Kerana terlalu selesa dengan apa yang aku lakukan, akhirnya aku mendapat balasan..

..Inilah peringatan yang ditunjukkan Nya agar aku sedar bahawa dunia ini bukan aku yang punya. Orang yang aku cintai turut pergi meninggalkan aku keseorangan dalam kegelapan. Apa yang aku ada untuk bangkit balik dari hidup ini? Cuma Dia Yang Maha Pencipta, orang yang telah melahirkan aku, Si Dia yang aku Cintai dan hanya segenggam atbah dan semangat yang wujud dalam diri ini yang mampu buat aku menginsafi dan kembali ke pangkal jalan..

..Siapa yang sanggup menerima keadaan aku yang tak sempurna?? Jika ini adalah takdir untuk diriku ini, aku hanya mampu tersenyum untuk menerima biarpun hati ini tidak rela menanggung beban derita yang tersimpan di sudut hati..

No comments:

Post a Comment